Ratib
Al-Haddad ini mengambil nama dari nama penyusunnya, yaitu Imam
Abdullah bin Alawi Al-Haddad, seorang pembaharu Islam (mujaddid) yang
terkenal. Daripada doa-doa dan zikir-zikir karangan beliau, Ratib
Al-Haddad lah yang paling terkenal dan masyhur. Ratib yang bergelar
Al-Ratib Al-Syahir (Ratib Yang Termasyhur) disusun berdasarkan
inspirasi, pada malam Lailatul Qadar 27 Ramadhan 1071 Hijriyah
(bersamaan 26 Mei 1661).
Ratib ini disusun bagi menunaikan
permintaan salah seorang murid beliau, ‘Amir dari keluarga Bani Sa’d
yang tinggal di sebuah kampung di Shibam, Hadhramaut. Tujuan ‘Amir
membuat permintaan tersebut ialah untuk membentengi dengan suatu wirid
dan zikir untuk amalan penduduk kampungnya agar mereka dapat
mempertahan dan menyelamatkan diri daripada ajaran sesat yang sedang
melanda Hadhramaut ketika itu.
Pertama kalinya Ratib ini dibaca
ialah di kampung ‘Amir sendiri, yaitu di kota Shibam setelah mendapat
izin dan ijazah daripada Al-Imam Abdullah Al-Haddad sendiri. Selepas
itu Ratib ini dibaca di Mesjid Al-Imam Al-Haddad di Al-Hawi, Tarim
dalam tahun 1072 Hijriah bersamaan tahun 1661 Masehi. Pada kebiasaannya
ratib ini dibaca berjamaah bersama doa dan nafalnya, setelah solat
Isya’. Pada bulan Ramadhan ia dibaca sebelum solat Isya’ bagi
mengelakkan kesempitan waktu untuk menunaikan solat Tarawih. Mengikut
Imam Al-Haddad di kawasan-kawasan di mana Ratib al-Haddad ini
diamalkan, dengan izin Allah kawasan-kawasan tersebut selamat
dipertahankan daripada pengaruh sesat tersebut.
Apabila Imam
Al-Haddad berangkat menunaikan ibadah Haji, Ratib Al-Haddad pun mula
dibaca di Makkah dan Madinah. Sehingga hari ini Ratib berkenaan dibaca
setiap malam di Bab al-Safa di Makkah dan Bab al-Rahmah di Madinah.
Habib Ahmad bin Zein Al-Habsyi pernah menyatakan bahawa sesiapa yang
membaca Ratib Al-Haddad dengan penuh keyakinan dan iman dengan terus
membaca “ La ilaha illallah” hingga seratus kali (walaupun pada
kebiasaannya dibaca lima puluh kali), ia mungkin dikurniakan dengan
pengalaman yang di luar dugaannya.
Beberapa perbedaan boleh
didapati di dalam beberapa cetakan ratib Haddad ini terutama selepas
Fatihah yang terakhir. Beberapa doa ditambah oleh pembacanya. Al Marhum
Al-Habib Ahmad Masyhur bin Taha Al-Haddad memberi ijazah untuk
membaca Ratib ini dan menyarankannya dibaca pada masa–masa yang lain
daripada yang tersebut di atas juga di masa keperluan dan kesulitan.
Mudah-mudahan barangsiapa yang membaca ratib ini diselamatkan Allah
daripada bahaya dan kesusahan. Amin.
Ketahuilah bahawa setiap
ayat, doa, dan nama Allah yang disebutkan di dalam ratib ini telah
dipetik daripada Al-Quran dan hadith Rasulullah S.A.W. Terjemahan yang
dibuat di dalam ratib ini, adalah secara ringkas. Bilangan bacaan
setiap doa dibuat sebanyak tiga kali, kerana ia adalah bilangan ganjil
(witir). Ini ialah berdasarkan saranan Imam Al-Haddad sendiri. Beliau
menyusun zikir-zikir yang pendek yang dibaca berulang kali, dan dengan
itu memudahkan pembacanya. Zikir yang pendek ini, jika dibuat selalu
secara istiqamah, adalah lebih baik daripada zikir panjang yang dibuat
secara berkala atau cuai[1]. Ratib ini berbeda daripada ratib-ratib
yang lain susunan Imam Al-Haddad kerana ratib Al-Haddad ini disusun
untuk dibaca lazimnya oleh kumpulan atau jamaah. Semoga usaha kami ini
diberkahi Allah.
Keutamaan Ratib Hadad. (1)
Cerita-cerita
yang dikumpulkan mengenai kelebihan Ratib Al-Haddad banyak tercatat
dalam buku Syarah Ratib Al-Haddad, antaranya: Telah berkata Habib Abu
Bakar bin Abdullah Al-Jufri yang bertempat tinggal di Seiwun
(Hadhramaut): “Pada suatu masa kami serombongan sedang menuju ke Makkah
untuk menunaikan Haji, bahtera kami terkandas tidak dapat meneruskan
perjalanannya kerana tidak ada angin yang menolaknya. Maka kami
berlabuh di sebuah pantai, lalu kami isikan gerbah-gerbah (tempat isi
air terbuat dari kulit) kami dengan air, dan kami pun berangkat
berjalan kaki siang dan malam, kerana kami bimbang akan ketinggalan
Haji. Di suatu perhentian, kami cuba meminum air dalam gerbah itu dan
kami dapati airnya payau dan masin, lalu kami buangkan air itu. Kami
duduk tidak tahu apa yang mesti hendak dibuat. Maka saya anjurkan
rombongan kami itu untuk membaca Ratib Haddad ini, mudah-mudahan Allah
akan memberikan kelapangan dari perkara yang kami hadapi itu. Belum
sempat kami habis membacanya, tiba-tiba kami lihat dari kejauhan
sekumpulan orang yang sedang menunggang unta menuju ke tempat kami, kami
bergembira sekali. Tetapi ketika mereka mendekati kami, kami dapati
mereka itu perompak-perompak yang kerap merampas harta-benda orang yang
lalu-lalang di situ. Namun rupanya Allah Ta’ala telah melembutkan
hati mereka bila mereka dapati kami terkandas di situ, lalu mereka
memberi kami minum dan mengajak kami menunggang unta mereka untuk
disampaikan kami ke tempat sekumpulan kaum Syarif* tanpa diganggu kami
sama sekali, dan dari situ kami pun berangkat lagi menuju ke Haji,
syukurlah atas bantuan Alloh SWT karena berkat membaca Ratib ini.
Cerita
ini pula diberitakan oleh seorang yang mencintai keturunan Sayyid,
katanya: “Sekali peristiwa saya berangkat dari negeri Ahsa’i menuju ke
Hufuf. Di perjalanan itu saya terlihat kaum Badwi yang biasanya
merampas hak orang yang melintasi perjalanan itu. Saya pun berhenti
dan duduk, di mana tempat itu pula saya gariskan tanahnya
mengelilingiku dan saya duduk di tengah-tengahnya membaca Ratib ini.
Dengan kuasa Alloh mereka telah berlalu di hadapanku seperti orang yang
tidak menampakku, sedang aku memandang mereka.” Begitu juga pernah
berlaku semacam itu kepada seorang alim yang mulia, namanya Hasan bin
Harun ketika dia keluar bersama-sama teman-temannya dari negerinya di
sudut Oman menuju ke Hadhramaut. Di perjalanan mereka dibajak oleh
gerombolan perompak, maka dia menyuruh orang-orang yang bersama-samanya
membaca Ratib ini. Alhamdulillah, gerombolan perompak itu tidak
mengapa-apakan siapapun, malah mereka berlalu dengan tidak mengganggu.
Apa
yang diberitakan oleh seorang Arif Billah Abdul Wahid bin Subait
Az-Zarafi, katanya: Ada seorang penguasa yang ganas yang dikenal dengan
nama Tahmas yang juga dikenal dengan nama Nadir Syah. Tahmas ini
adalah seorang penguasa ajam yang telah menguasai banyak dari
negeri-negeri di sekitarannya. Dia telah menyediakan tentaranya untuk
memerangi negeri Aughan. Sultan Aughan yang bernama Sulaiman mengutus
orang kepada Imam Habib Abdullah Haddad memberitahunya, bahwa Tahmas
sedang menyiapkan tentera untuk menyerangnya. Maka Habib Abdullah
Haddad mengirim Ratib ini dan menyuruh Sultan Sulaiman dan rakyatnya
membacanya. Sultan Sulaiman pun mengamalkan bacaan Ratib ini dan
memerintahkan tenteranya dan sekalian rakyatnya untuk membaca Ratib i
ini dengan bertitah: “Kita tidak akan dapat dikuasai Tahmas kerana
kita ada benteng yang kuat, iaitu Ratib Haddad ini.” Benarlah apa yang
dikatakan Sultan Sulaiman itu, bahwa negerinya terlepas dari
penyerangan Tahmas dan terselamat dari angkara penguasa yang ganas itu
dengan sebab berkat Ratib Haddad ini.
Saudara penulis Syarah
Ratib Al-Haddad ini yang bernama Abdullah bin Ahmad juga pernah
mengalami peristiwa yang sama, yaitu ketika dia berangkat dari negeri
Syiher menuju ke bandar Syugrah dengan kapal, tiba-tiba angin macet
tiada bertiup lagi, lalu kapal itu pun terkandas tidak bergerak lagi.
Agak lama kami menunggu namun tidak berhasil juga. Maka saya mengajak
rekan-rekan membaca Ratib ini , maka tidak berapa lama datang angin
membawa kapal kami ke tujuannya dengan selamat dengan berkah membaca
Ratib ini.
Suatu pengalaman lagi dari Sayyid Awadh Barakat
Asy-Syathiri Ba’alawi ketika dia belayar dengan kapal, lalu kapal itu
telah tersesat jalan sehingga membawanya terkandas di pinggir sebuah
batu karang. Ketika itu angin juga macet tidak dapat menggerakkan
kapal itu keluar dari bahayanya. Kami sekalian merasa bimbang, lalu
kami membaca Ratib ini dengan niat Alloh akan menyelamatkan kami. Maka
dengan kuasa Alloh SWT datanglah angin dan menarik kami keluar dari
tempat itu menuju ke tempat tujuan kami. Maka kerana itu saya amalkan
membaca Ratib ini. Pada suatu malam saya tertidur sebelum membacanya,
lalu saya bermimpi Habib Abdullah Haddad datang mengingatkanku supaya
membaca Ratib ini, dan saya pun tersadar dari tidur dan terus membaca
Ratib Haddad itu.
Di antaranya lagi apa yang diceritakan oleh
Syeikh Allamah Sufi murid Ahmad Asy-Syajjar, iaitu Muhammad bin Rumi
Al-Hijazi, dia berkata: “Saya bermimpi seolah-olah saya berada di
hadapan Habib Abdullah Haddad, penyusun Ratib ini. Tiba-tiba datang
seorang lelaki memohon sesuatu daripada Habib Abdullah Haddad, maka
dia telah memberiku semacam rantai dan sayapun memberikannya kepada
orang itu. Pada hari besoknya, datang kepadaku seorang lelaki dan
meminta daripadaku ijazah (kebenaran guru) untuk membaca Ratib Haddad
ini, sebagaimana yang diijazahkan kepadaku oleh guruku Ahmad
Asy-Syajjar. Aku pun memberitahu orang itu tentang mimpiku semalam,
yakni ketika saya berada di majlis Habib Abdullah Haddad, lalu ada
seorang yang datang kepadanya. Kalau begitu, kataku, engkaulah orang
itu.” Dari kebiasaan Syeikh Al-Hijazi ini, dia selalu membaca Ratib
Haddad ketika saat ketakutan baik di siang hari maupun malamnya, dan
memang jika dapat dibaca pada kedua-dua masa itulah yang paling utama,
sebagaimana yang dipesan oleh penyusun Ratib ini sendiri. Ada seorang
dari kota Quds (Syam) sesudah dihayatinya sendiri tentang banyak
kelebihan membaca Ratib ini, dia lalu membuat suatu ruang di sudut
rumahnya yang dinamakan Tempat Baca Ratib, di mana dikumpulkan orang
untuk mengamalkan bacaan Ratib ini di situ pada waktu siang dan malam.
Di
antaranya lagi, apa yang diberitakan oleh Sayyid Ali bin Hassan,
penduduk Mirbath, katanya: “Sekali peristiwa aku tertidur sebelum aku
membaca Ratib, aku lalu bermimpi datang kepadaku seorang Malaikat
mengatakan kepadaku: “Setiap malam kami para Malaikat berkhidmat buatmu
begini dan begitu dari bermacam-macam kebaikan, tetapi pada malam ini
kami tidak membuat apa-apa pun karena engkau tidak membaca Ratib. Aku
terus terjaga dari tidur lalu membaca Ratib Haddad itu dengan
serta-merta.
Setengah kaum Sayyid bercerita tentang
pengalamannya: “Jika aku tertidur ketika aku membaca Ratib sebelum aku
menghabiskan bacaannya, aku bermimpi melihat berbagai-bagai hal yang
mengherankan, tetapi jika sudah menghabiskan bacaannya, tidak bermimpi
apa-apa pun.”
Di antara yang diberitakan lagi, bahawa
seorang pecinta kaum Sayyid, Muhammad bin Ibrahim bin Muhammad
Mughairiban yang tinggal di negeri Shai’ar, dia bercerita: “Dari adat
kebiasaan Sidi Habib Zainul Abidin bin Ali bin Sidi Abdullah Haddad
yang selalu aku berkhidmat kepadanya tidak pernah sekalipun meninggalkan bacaan Ratib ini. Tiba-tiba suatu malam kami tertidur pada
awal waktu Isya’, kami tidak membaca Ratib dan tidak bersembahyang
Isya’, semua orang termasuk Sidi Habib Zainul Abidin. Kami tidak
sedarkan diri melainkan di waktu pagi, di mana kami dapati sebagian
rumah kami terbakar. Kini tahulah kami bahwa semua itu berlaku
karena tidak membaca Ratib ini. Sebab itu kemudian kami tidak pernah
meninggalkan bacaannya lagi, dan apabila sudah membacanya kami merasa
tenteram, tiada sesuatupun yang akan membahayakan kami, dan kami tidak
bimbang lagi terhadap rumah kami, meskipun ia terbuat dari dedaunan
korma, dan bila kami tidak membacanya, hati kami tidak tenteram dan
selalu kebimbangan.”
Berkata Habib Alwi bin Ahmad, penulis
Syarah Ratib Al-Haddad: “Siapa yang melarang orang membaca Ratib ini
dan juga wirid-wirid para salihin, niscaya dia akan ditimpa bencana
yang berat daripada Allah Ta’ala, dan hal ini pernah berlaku dan bukan
omong-omong kosong.” Berkata Sidi Habib Muhammad bin Zain bin Semait
Ba’alawi di dalam kitabnya Ghayatul Qasd Wal Murad: Telah berkata
Saiyidina Habib Abdullah Haddad: “Siapa yang menentang atau membangkang
orang yang membaca Ratib kami ini dengan secara terang-terangan atau
disembunyikan pembangkangannya itu akan mendapat bencana seperti yang
ditimpa ke atas orang-orang yang membelakangi zikir dan wirid atau
yang lalai hati mereka dari berzikir kepada Allah Ta’ala. Allah Ta’ala
berfirman: “Dan barangsiapa yang berpaling dari mengingatiKu, maka
baginya akan ditakdirkan hidup yang sempit.” ( Thaha: 124 ) Allah
berfirman lagi: “Dan barangsiapa yang berpaling dari mengingati Tuhan
Pemurah, Kami balakan baginya syaitan yang diambilnya menjadi teman.”
(
Az-Zukhruf: 36 ) Allah berfirman lagi: “Dan barangsiapa yang berpaling
dari mengingat Tuhannya, Kami akan menurukannya kepada siksa yang
menyesakkan nafas.” ( Al-Jin: 17)
(1) Dipetik dari: Syarah Ratib Haddad: Analisa Dan Komentar – karangan Syed Ahmad Smith, terbitan Pustaka Nasional Pte. Ltd.
الراتب الشهير
للحبيب عبد الله بن علوي الحداد
Ratib Al Haddad
Moga-moga Allah merahmatinya [Rahimahu Allahu Ta’ala]
يقول القارئ: الفَاتِحَة إِلَى حَضْرَةِ سَيِّدِنَا وَشَفِيعِنَا وَنَبِيِّنَا وَمَوْلانَا مُحَمَّد صلى الله عليه وسلم – الفاتحة-
1. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
اَلْحَمْدُ
للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. اَلرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ. ماَلِكِ يَوْمِ
الدِّيْنِ إِيِّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِيْنُ. اِهْدِنَا
الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيْمَ. صِرَاطَ الَّذِيْنَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
غَيْرِ الْمَغْضُوْبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّآلِّيْنَ. آمِيْنِ
2.
اَللهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ لاَ تَأْخُذُهُ
سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَهُ مَا فِي السَّموَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَنْ ذَا
الَّذِيْ يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ
أَيْدِيْهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيْطُوْنَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ
إِلاَّ بِمَا شَآءَ وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ
يَؤُدُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ العَلِيُّ العَظِيْمُ.
3. آمَنَ
الرَّسُوْلُ بِمَآ أُنْزِلَ إِلَيْهِ مِنْ رَبِّه وَالْمُؤْمِنُوْنَ
كُلٌّ آمَنَ بِاللهِ وَمَلآئِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لاَ نُفَرِّقُ
بَيْنَ أَحَدٍ مِنْ رُسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْناَ وَأَطَعْناَ
غُفْراَنَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيْرُ
.
4. لاََ
يُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ
وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَآ إِنْ نَسِيْنَآ
أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا
حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا
مَالاَ طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنآ
أَنْتَ مَوْلاَنَا فَانْصُرْناَ عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِيْنَ.
5
لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ
وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيْتُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.
(X3)
”
6. سٌبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اْللهُ وَاللهُ اَكْبَرُ. (X3)
7.سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحاَنَ اللهِ الْعَظِيْمِ. (X3)
8. رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. (X3)
9.اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ، اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ. ( X3)
10. أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّآمَّاتِ مِنْ شَرِّمَا خَلَقَ. (X3)
11.
بِسْـمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُـرُّ مَعَ اسْـمِهِ شَيْءٌ فِي الأَرْضِ
وَلاَ فِي الْسَّمَـآءِ وَهُوَ الْسَّمِيْـعُ الْعَلِيْـمُ. (X3)
12. رَضِيْنَـا بِاللهِ رَبًّا وَبِالإِسْـلاَمِ دِيْنـًا وَبِمُحَمَّدٍ نَبِيّـًا. (X3)
13. بِسْمِ اللهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَالْخَيْرُ وَالشَّـرُّ بِمَشِيْئَـةِ اللهِ. (X3)
14. آمَنَّا بِاللهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ تُبْناَ إِلَى اللهِ باَطِناً وَظَاهِرًا. (X3)
15. يَا رَبَّنَا وَاعْفُ عَنَّا وَامْحُ الَّذِيْ كَانَ مِنَّا. (X3)
16. ياَ ذَا الْجَلاَلِ وَالإِكْراَمِ أَمِتْناَ عَلَى دِيْنِ الإِسْلاَمِ. (X7)
17. ياَ قَوِيُّ ياَ مَتِيْـنُ إَكْفِ شَرَّ الظَّالِمِيْـنَ. (X3)
18. أَصْلَحَ اللهُ أُمُوْرَ الْمُسْلِمِيْنَ صَرَفَ اللهُ شَرَّ الْمُؤْذِيْنَ. (X3)
19. يـَا عَلِيُّ يـَا كَبِيْرُ يـَا عَلِيْمُ يـَا قَدِيْرُ
يـَا سَمِيعُ يـَا بَصِيْرُ يـَا لَطِيْفُ يـَا خَبِيْرُ. (X3)
20. ياَ فَارِجَ الهَمِّ يَا كَاشِفَ الغَّمِّ يَا مَنْ لِعَبْدِهِ يَغْفِرُ وَيَرْحَمُ. (X3)
21. أَسْتَغْفِرُ اللهَ رَبَّ الْبَرَايَا أَسْتَغْفِرُ اللهَ مِنَ الْخَطَاياَ.(X4)
22. لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ. (X50)
23.
مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ
وَشَرَّفَ وَكَرَّمَ وَمَجَّدَ وَعَظَّمَ وَرَضِيَ اللهُ تَعاَلَى عَنْ آلِ
وَأَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالتَّابِعِيْنَ وَتَابِعِ
التَّابِعِيْنَ بِإِحْسَانٍ مِنْ يَوْمِنَا هَذَا إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
وَعَلَيْناَ مَعَهُمْ وَفِيْهِمْ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ
الرَّاحِمِيْنَ.
24. بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ.
قُلْ هُوَ اللهُ أَحَـدٌ. اَللهُ الصَّمَـدُ. لَمْ يَلِـدْ وَلَمْ يٌوْلَـدْ. وَلَمْ يَكُـنْ لَهُ كُفُـوًا أَحَـدٌ. (3X3)
25. بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
قُلْ
أَعُوْذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ، مِنْ شَرِّ ماَ خَلَقَ، وَمِنْ شَرِّ
غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ، وَمِنْ شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ، وَمِنْ
شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَد
26. بِسْم اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
قُلْ
أَعُوْذُ بِرَبِّ النَّاسِ، مَلِكِ النَّاسِ، إِلَهِ النَّاسِ، مِنْ
شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ، اَلَّذِيْ يُوَسْوِسُ فِي صُدُوْرِ
النَّاسِ، مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ.
27. اَلْفَاتِحَةَ
إِلَى
رُوحِ سَيِّدِنَا الْفَقِيْهِ الْمُقَدَّمِ مُحَمَّد بِن عَلِيّ باَ
عَلَوِي وَأُصُولِهِمْ وَفُرُوعِهِمْ وَكفَّةِ سَادَاتِنَا آلِ أَبِي
عَلَوِي أَنَّ اللهَ يُعْلِي دَرَجَاتِهِمْ فِي الْجَنَّةِ وَيَنْفَعُنَا
بِهِمْ وَبِأَسْرَارِهِمْ وَأَنْوَارِ هِمْ فِي الدِّيْنِ وَالدُّنْياَ
وَالآخِرَةِ.
28. اَلْفَاتِحَةَ
إِلَى أَرْوَاحِ ساَدَاتِنَا
الصُّوْفِيَّةِ أَيْنَمَا كَانُوا فِي مَشَارِقِ الأَرْضِ وَمَغَارِبِهَا
وَحَلَّتْ أَرْوَاحُهُمْ – أَنَّ اللهَ يُعْلِي دَرَجَاتِهِمْ فِي
الْجَنَّةِ وَيَنْفَعُنَا بِهِمْ وَبِعُلُومِهِمْ وَبِأَسْرَارِهِمْ
وَأَنْوَارِ هِمْ، وَيُلْحِقُنَا بِهِمْ فِي خَيْرٍ وَعَافِيَةٍ.
29. اَلْفَاتِحَةَ
إِلَى
رُوْحِ صاَحِبِ الرَّاتِبِ قُطْبِ الإِرْشَادِ وَغَوْثِ الْعِبَادِ
وَالْبِلاَدِ الْحَبِيْبِ عَبْدِ اللهِ بِنْ عَلَوِي الْحَدَّاد
وَأُصُوْلِهِ وَفُرُوْعِهِ أَنَّ اللهَ يُعْلِي دَرَجَاتِهِمْ فِي
الْجَنَّة وَيَنْفَعُنَا بِهِمْ وَأَسْرَارِهِمْ وَأَنْوَارِهِمْ
بَرَكَاتِهِمْ فِي الدِّيْنِ وَالدُّنْياَ وَالآخِرَةِ.
30. اَلْفَاتِحَة
إِلَى
كَافَّةِ عِبَادِ اللهِ الصّالِحِينَ وَالْوَالِدِيْنِ وَجَمِيْعِ
الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ أَنْ
اللهَ يَغْفِرُ لَهُمْ وَيَرْحَمُهُمْ وَيَنْفَعُنَا بَأَسْرَارِهِمْ
وبَرَكَاتِهِمْ
31. (ويدعو القارئ):
اَلْحَمْدُ اللهِ رَبِّ
العَالَمِيْنَ حَمْدًا يُوَافِي نِعَمَهُ وَيُكَافِئُ مَزِيْدَه،
اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وأَهْلِ بَيْتِهِ
وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ. اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ بِحَقِّ الْفَتِحَةِ
الْمُعَظَّمَةِ وَالسَّبْعِ الْمَثَانِيْ أَنْ تَفْتَحْ لَنَا بِكُلِّ
خَيْر، وَأَنْ تَتَفَضَّلَ عَلَيْنَا بِكُلِّ خَيْر، وَأَنْ تَجْعَلْنَا
مِنْ أَهْلِ الْخَيْر، وَأَنْ تُعَامِلُنَا يَا مَوْلاَنَا مُعَامَلَتَكَ
لأَهْلِ الْخَيْر، وَأَنْ تَحْفَظَنَا فِي أَدْيَانِنَا وَأَنْفُسِنَا
وَأَوْلاَدِنَا وَأَصْحَابِنَا وَأَحْبَابِنَا مِنْ كُلِّ مِحْنَةٍ
وَبُؤْسٍ وَضِيْر إِنَّكَ وَلِيٌّ كُلِّ خَيْر وَمُتَفَضَّلٌ بِكُلِّ
خَيْر وَمُعْطٍ لِكُلِّ خَيْر يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْن.
32. اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْـأَلُكَ رِضَـاكَ وَالْجَنَّـةَ وَنَـعُوْذُ بِكَ مِنْ سَـخَطِكَ وَالنَّـارِ. (X3)
Oleh : مصطفى صادق ألعيدروس pada 15 Mei 2012 pukul 15:17
Source : https://www.facebook.com/notes/amirah-basaiyma-marzaq/ratib-alhadad-n-sejarah-nya-3/418622564844829
Selasa, 12 November 2013
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Popular Posts
-
Arti Makna Sebuah Lagu Lagu, 4 buah kata yang simple dan cukup sederhana. Ketika terdengar sebuah dendangan lagu diiringi den...
-
Manis itulah kata pertama yang terbesit di hati. Ya, bgitulah ktika prtama kali melihat wajahnya. Perawakan yang imut, lucu dan mungil me...
-
Kali ini saya ingin berbagi sedikit code tentang Java. Materi ini merupakan salah satu studi kasus mata kuliah OOP saya di program d4 ... S...
Categories
Arsip Blog
- Mei 2014 (1)
- November 2013 (4)
- Oktober 2013 (1)
- September 2013 (3)
- Oktober 2012 (2)
- September 2012 (2)
- Agustus 2012 (3)
- Juli 2012 (8)
Label
- 3D WS (2)
- ANDROID (1)
- Experience (1)
- Hollow Mind.. (6)
- IsLamic (6)
- Manaqib (1)
- PJJ (1)
- Programming (1)
- Technopreneur (1)
- Tips & Tricks (1)
0 comments:
Posting Komentar